Wednesday, April 15, 2009

kita adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya..16 November 2008 / 17 Zulkaedah 1429H


assalamualaikum wbth,, skrg da nk masuk 2 bulan da aku c0oti,, duduk di umah ni ser0nok tp kekandang terbayang2 arwah abah yg tersayang n kisah ini......

(coretan kasih seorang anak kepada ayahandanya tercinta)oleh :adindaku, Nurul Ain Johari (16thn))


Kronologi pemergian allahyarham Haji Johari Bin Abd.Majid 16 november 2008 / 17 Zulkaedah 1429H Jam 2 stengah petang,hampir tamat waktu rehat bagi warga KETENGAH, tetapi pada waktu ini abah baru pulang ke rumah,terdetik juga di hati,”kenapa abah balik lewat….”tetapi,pertanyaan itu hilang…. Pada waktu itu tiada langsung terpancar wajah keletihan dan kerisauan di wajah bersihnya… yang ada hanya wajah ceria dan gembira di situ….tenang dan gembira hati umi,afiq… Jam 4 petang,1 panggilan diterima oleh umi…panggilan daripada PA abah,cik tie yang menyampaikan berita tentang abah yang dimasukkan ke klinik pada beberapa minit sebelum itu.. ain yang pada masa itu turut terkejut dengan berita itu,afiq yang sedang bermain computer,terus berhenti bermain. Setelah lama abah tidak dimasukkan ke hospital,dengan tiba-tiba semua ini kembali terjadi,tidak langsung terlintas di hati kami yang gurauan-gurauan kami tengah hari tadi adalah buat kali….. Setelah menerima panggilan itu,umi terus bergegas untuk ke klinik,ain turut ikut umi. Sampainya kami di klinik,kelihatan banyak kereta di situ,tercetus lagi kerisauan di hati kami. Turun sahaja kami dari kereta,dengan bergegas kami berjalan untuk masuk ke klinik. sebelum mmemasuki klinik itu,ternampak satu tompokan besar,dengan nada terjerit ain tunjukkan kepada umi,”umi,darah abah”. Dengan berlari umi masuk ke dalam, sampai satu bilik yang menempatkan abah, mi menjenguk dan melihat wajah abah yang mukanya kelihatan amat letih dan pucat sedang muntah darah,ditenangkan oleh rakan-rakan abah, umi terus terkejut dan beristighfar,abah memandang muka umi dan terus mengeleng-geleng mukanya kepada ain dan umi.yang berjalan kearah abah,rakan-rakan sekerja abah memberi laluan untuk kami. Kami tidak tahu apakah maksud disebalik gelengan abah itu.. tidak dapat digambarkan oleh kami, baju singlet putih yang dipakai oleh abah pada waktu itu,banyak darah. Pak cik man,kawan abah memberi baju kemeja,kerja abah kepada ain,baju itu digupal kerana terlalu banyak darah. Doctor yang ada di situ terus menyatakan kepada umi bahawa abah perlu segera dibawa ke hospital dungun. Abah pada masa itu masih lagi boleh bersuara.abah terus dibawa ke van ambulans yang sudah siap tersedia di hadapan klinik. Umi dan jiran,pok cik cho naik bersama abah dan umi.mereka bertolak lebih awal,dan manakala ain,afiq dan ayah sedara,pok isam bertolak setengah jam selepas itu. Jam 5 setengah petang, kami bertolak ke hospital dungun.dalam 45 minit kami pun tiba di sana. Sampai shaja di sana dengan bergegas kami mencari kelibat abah dan umi. Abah ditempatkan di dalam bilik wad kecemasan. Apabila kami menjenguk di balik pintu sebelum masuk,sekali lagi, sedihnya hati kami melihat abah yang dalam keadaan letih sedang terbaring. Umi yang berada di sisi abah,sedang mengurut-urut lengan abah.kami masuk ke dalam dan turut mengurut kaki abah.semasa kami mula memegang kaki abah,abah membuka kelopak matanya dan memandang wajah kami adik-beradik,terlalu sayu pandangan itu.Kaki abah terlalu sejuk, semasa ain mengurutnya. Takut untuk kami meneka mengapa terlalu lain keadaan abah berbanding dengan kaeadaan dia sakit sebelum-sebelum ini. Sekejap aku mengurut kaki abah,abah bangun dari baringannya dan sekali lagi muntah. Seksanya abah masa itu tidak dapat kami bayangkan. Doctor menyuruh kami semua keluar untuk menjalankan pemerikasaan. Aku keluar di sisi umi.risaunya hati kami pada waktu itu. dari jam 6 petang sehinggalah waktu maghrib kami semua menunggu di luar. Umi langsung tidak boleh duduk .seribu satu kerisauan terpanacar di wajahnya.dengan wajah keletihan dan kerisauan itu,umi masih boleh sabar menunggu. Kami dua beradik mamaksa umi untuk duduk berehat. Risau aku dengan keadaan umi yang huyung. Pok cik cho dan pok isam sabar menunggu di luar. Sampai tibanya waktu maghrib,kami masih tidak dibenarkan masuk.risaunya hati kami,kenapa terlalu lama masa diambil oleh mereka. Aku dan afiq pergi mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu.umi masih terus menunggu di situ. Pada waktu itu,ada tiga empat orang rakan baik abah yang baru tiba dari durian mas bersama keluarga yang datang untuk melihat keadaan abah. Umi berbual dengan mereka sementara menunggu panggilan dari doctor. Aku bersama afiq selesai solat 20 minit selepas itu.smapainya kami di situ,umi masih lagi menunggu.aku dan adik,afiq pergi makan malam terlebih dahulu. Selesai makan kami kembali pada umi.umi dibenarkan masuk sekejap untuk melihat keadaan abah,sementara aku dan afiq perlu menunggu di luar sahaja. Selpas itu umi pun keluar,kami perlu menunggu keputusan dari doctor. Hospital dungun pada ketika itu terlalu ramai orang,tiada tempat duduk untuk kami. Aku,umi dan afiq duduk menunggu di dalam kereta yang diparking dekat dengan pintu hospital. Panggilan yanq dari tadi tidak putus-putus diterima oleh umi disambut tenang oleh umi. Pada waktu itu. abangku,Chik (nasrul),di kuantan dalam perjalanan bertolak kemari selepas tahu tentang berita abah sakit. Kakak-kakakku yang lain,yang tinggal jauh di ibu kota tidak henti-henti menelefon kami untuk mengetahui perkembangan abah. Umi pada ketika itu tidaak benarkan merka pulang kerana takut menyusahakan mereka. Lama juga kami menunggu di dalam kereta.sampai satu saat,aku tergerak untuk menjenguk abah walaumacamanapun,aku ingin tahu keadaan abah,aku bersuara kepada umi,umi benarkan,aku bergaduh-gaduh masuk,aku nekad untuk masuk,apabila aku masuk,ya allah,sekali lagi abah sedang muntah,dan ini terlalu banyak bagiku,abah memandangku lama,di atas lantai banyak darah yang mengecik dari muntah abah itu,baju abah,oh,tidak tahu bagaimana ingin aku gambarkan. aku berlari kearah abah,aku pegang abah,urut berlakang,pada waktu itu,air mataku bercucuran,aku tidak tahan meliha abah sebergitu. Abah memandangku,wajahnya masih tenang pada wktu itu walaupun dengan keadaannya sebegitu,aku panggil nama abah,dan bertanya”abah kenapa,ok tak,abah nak ain panggilkan umi?” abah terus mengangguk dan dalam suara yang lemah,abah suruh aku panggilakan umi, aku terus keluar,berlari untuk mendapatkan umi didalam kereta. Umi terkejut melihat aku menangis, umi terus bergegas masuk,kami bertigq masuk mendapatkan abah. Apabila kami mula masuk,nurse di situ,memanggil kami untuk berada disisi abah.terkejut aku melihat,mulut abah sedang mengucap. Nurse disitu memesan pada umi untuk meyuruh abah mengucap.aku takut,dan berfikir apakah ini tanda bahaawa abah akan….aku tidak tahan dalam keadaan itu,afiq yang berdiri disisi umi terus beresak-esak menangis, abah jadi lain pada waktu itu,dia bergentar,berpusing kekanan kekiri menahan sakitnya,bergetar suaranya,berkata pada umi,”mi,sakitnya perut abah,sakitnya…” aku tak sanggup menlihatnya,umi mengusap kepala abah,memegng kepala abah,dan berbisik di telinga abah,menagajar mengucap.abah,dalam suapa ketar,bersuara,”mi,suruh anak-anak abah balik..”aku terus keluar dari bilik itu,untuk menelefon along,suruh along balik wlalu macamanapun,along kata along dah bersiap nak balik. Aku masuk semula kedalam dan pada waktu itu abah dipindahkan kekatil bertaayar,doctor memanggil waris abah,doctor mengatakan bahwa peluang abah tipis, umi,menarik nafas dalam danumi terus berkata,macamana keadaanya dan takdir apa yang akan berlaku nanti,saya redha.tnapa setitis air mata pun,tabahnya umi. Ppada waktu itu,doctor dan tiga empat lagi nurse sedang sedaya upaya menyelamtkan nyawa abah,seorang antaranyaberdiri di atas kekuda dan menekan-nekan dada abah.mencuba memberI udara masuk dalam badan. Keadaan pada masa itu terlalu kalut,aku dan afiq menangi s dan teru menangis,umi memluk aku dan menenangkan aku,afiq juga mari memeluk kami,pok cik cho sedang membaca surah yassin ,manakal pok isam keluar dalam tangisan.aku sperti tidak percaya,betulkah ini semua terjadi pada aku,keluargaku,pada umi?..dan orang yang akhirnya terbaring kaku di atas akatil di hadapanku itu ialah abah.ya allah,cepatya semua ini berlaku. Aku dibawa keluar dari bilik sambil dipeluk ooleh umi dan afiq.umi menelefon kakak-kakaku untuk memberitahu bahwa abah sudah pergi….umi pada masa itu mnjadi huyung. Wajahh abah menahan kesakitan terbayang-bayang di fikiranku. Sedang umi bercakap di telefon,aku masuk dan duduk di sebelah abah,membaca surah yassin dengan nada pelahan berbisik di telinga abah. Surah yassin itu dialunkan dalam tangisan. Aku menatap wajah abah,ada percikan darah di muka abah,tenangnya wajah abah waktu itu.usai membaca surah yassin,aku mengucup dahi abah,aku memeluk abah.umi yang baru tiba juga sempat mengucup dahi abah. Jam 10 setengah malam,kami bertolak pulang ke rumah terlebih dahulu unyuk mengurus urusan membawa pulang abah. Arwah abah dibawa pulang dengan van ambulans berdsama ditemani oleh pak cik cho dalan setengah jam kemudian. Pada malam yang bertragedi itu, segala-galanya bgaikan begitu pantas. Terkejut kami sesampainya kami ke rumah,sudah ramai orang yang menunggu. Mereka semua rakan-rakan abah dan kakitangan sepejabta dengan abah. Cepatnya berita ini tersebar.. semasa baru turun dari kereta aku disambut dan dipeluk oleh ma cik lah dan selepas itu umi pula dipeluk,lama umi didakap erat oleh mak cik lah. Sedihnya waktu itu. Setengah jam kemudian, van ambulans pun sampai. Keadaan terlalu kaalut pada waktu itu. Abang dan kakak-kakakku belum sampai,nasib baiklah pada waktu itu ada ayah chik,sepupu abah yang juga rapat dengan keluarga kami,dia yang menguruskan semua ini. Selepas itu,mak(nenek, ibu pd abah) dari kampong pun sampai dari kampong bersama dengan kak zah.mak dipaph masuk oleh abang zali dan abang leh,mak seperti hendak jatuh pensang,rupanya sesampainya di sini barulah mak tahu bahawa abah sudah…mulanya mak datang kesini kerana tahu abah sakit bukannya sudah pergi untuk selama-lamanay..mungkun itu yang mengejutkannya. Emak berpelukkan dengan umi,lama mereka berpelukkan,besarnya ujian bagi mereka,umi baru 4 bulan yang lepas kehilangan satu-satunya ayah,turut mengikut arwah abah pula.. mak pula baru sahaja kehilanagan seorang anaknya,ayah su,sekarang seorang lagi anakknya pergi. Kuatnya hati seorang ibu itu. Arwah abh ditempatkan didalam bilik dia dan umi.sepanjang ramai yang datang untuk menyedekahkan yasssinn untuk arwah…. Aku dan umi tidak tidur sepanjang malam itu. Abngku sampai dalam jam dekat pukul 2 pagi,waktut itu ramai yang bergilir-gilir masuk. Sedara-mara pun sudah ramai yang tiba. Jam 4 pagi,kakak-kakaku baersam mak sedara pun tiba. Waktu itu umi baru terlena selepas makan ubat panadol,aku menyuruhnya tidur selepas melihat umi terlalu letih. Aku menyambung memebaca al-quran di dalambili umi… kakak-kakakku yang baru tiba itu menangu teresak-esak sambil berpelukan dengan umi dan sedara-mara. Kakak-kakak ku masuk Cepatnya waktu berlalu, pagi itu semakin ramai sedara-mara dari jauh sampake bilik yg menempatkan abah.,mereke menagis melihat wajah abah yg tenang,damai,tenteram,jernih dan macam orang sedang tidur.Anak-anak perempuan abah yg baru sampai terus membaca yasiin sambil menitiskan air mata kerana bagaikan tidak percaya bahawa kami sudah kehilangan seorang lelaki yg bergelar abah Bagaikan abah masih ada berkumpul beramai-ramai,.. tetapi pada realitinye ,satu badan terkujur kaku dilitupi kain putih tanpa denyutan nadi berada di hadapan kami…semuanya bagaikan bermimpi……………………. Jam 9 setengah pagi,jenazah arwah abah dimandikan ,pokcik cho, iaitu seorang sahabat,teman,jiran,rakan dan bagaikan saudara abah mengetuai pemandian jenazah,anak-anak lelaki abah dan juga menantu iaitu abg.D, acik dan afiq turut serta…bersama kawan-kawan. dan sedare mare yg lain...alhamdullilah abah Berjaya menndididik anak-anaknye dengan baik dan penuh didikan agama. Kami adik beradik tahu tangungjawab masing-masing,,,,….keadaan diruang tamu penuh sesak dengan kaum-kaum wanita yg terdiri daripada rakan-rakan umi dan arwah abah.Semua datang dengan memberi sokongan suapaya umi tabah menghadapi dugaan dan suratan takdir drpd ALLAH S.W.T,,,,mereka bagaikan tidak percaya dengan pemergian Abah apatah lagi kami anak-anaknya…. Sejam berlalu..urusan pemandian jenazah belum selesai,,kami adik-beradik sabar menungu di luar….terdetik di hati,,kenape terlalu lama mase yg diambil,,….dan akhirnya,,tepat jam 10.45 mandi jenazah arwah abah berakhir,,umi, anak-anak dan saudara-mara dipanggil oleh untuk menatap wajah abah untuk kali terakhir…. Bpada saat itu kami adik beradik sekali lagi menitiskan air mata,hidung dan mulut abah ditutup kerana pendarahan masih lagi berlaku,,hanye mata yg terpejam dan dahi yg terbuka untuk dikucup buat kali terakhir oleh umi dan anak-anak..kami kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan yg akan datang. Selepas itu,jenazah arwah abah di keluarkan di ruang hadapan untuk disembahyangkan….sunguh ramai rakan-rakan dan saudara mara mengangotai sembahyang jenazah….sunguh senang segala-galanya…

(Ya Allah ya Tuhanku...aku redha dgn pemergian ayahku yg dikasihi...aku redha.......moga-moga ayahku dan kami semua masih dpt berkumpul di sana..di jannahmu ya Allah....di akhirat kehidupan yg abadi....Ya Allah, tempatkanlah ayahku diklangan org2 yg beriman dan beramal soleh...-anak mu..)


Note: - Arwah meninggal dunia pd jam 9.40 malam, di Hospital Dungun, Terengganu dan ditulis sebab kematiannya oleh doctor sebagai "..."cardial arrest secondary to hypovolemic shock secondary to bleeding esophageal varices"
~hargailah keluarga anda selagi termmpu~

~ chentku~



No comments: