Wednesday, January 18, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA


Waktu solat dhuha berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. TAPI Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.dalam pukul 930 keatas.

rakaat pertama alfatihah dengan surah dhuha,rakaat kedua al-fatihah dengan al-ikhlas.surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
maksud surah dhuha:
Ayat 1:
Maksudnya - Demi waktu Dhuha
Penjelasan :
  • Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari)
  • Allah bersumpah pada waktu Dhuha kerana Ummu Jamil telah menyebarkan fitnahnya tentang pemberhentian wahyu pada waktu-waktu tersebut.

Ayat 2:
Maksudnya - Dan demi malam apabila telah sunyi
Penjelasan :
  • Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap)
  • Kerana telah bertanya wanita dalam hatith pertama tadi tentang waktu malam baginda.

Ayat 3:
Maksudnya - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Penjelasan :
  • Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah-fitnah terebut melanda.
  • Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam.
  • Allah menyayangi dan menjaga baginda sejak dari dalam kandungan hinggalah pada ketika surah itu diturunkan.

Ayat 4:
Maksudnya - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Penjelasan :
  • Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat.

Ayat 5:
Maksudnya - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Penjelasan :
  • Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga.

Ayat 6:
Maksudnya - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Penjelasan -
  • Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan ibu-ibu susuan dan orang-orang yang mendidik baginda sewaktu ibu baginda masih hidup.
  • Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib)
Ayat 7:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Penjelasan -
  • Muhammad bukanlah tergolong dalam golongan Nabi dan Rasul sehinggalah umur Baginda 40 tahun, 2 bulan, 12 hari.
  • Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul.
  • Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Ayat 8:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Penjelasan -
  • Nabi Muhammad SAW lahir dalam keluarga yang sangat susah lalu Allah menjadikan Nabi seorang yang kaya.
1.      Dengan kurniaan Agama Islam
2.     Dengan terbentuknya sebuah Negara Islam
3.     Dengan perkahwinan baginda denag seorang saudagar yang kaya raya (Siti Khadijah).
4.     Mempunyai para sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Agama Islam.
5.     Dikurniakan segala kenikmatan syurga.

Ayat 9:
Maksudnya - 
Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.

Ayat 10:
Maksudnya - 
dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya
Ayat 11:
Maksudnya - 
Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur
Surah Ad-Dhuha paling afdhal dibaca ketika solat Dhuha.
Fadhilat surah Ad-Dhuha
  • Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT
  • Mendapat kemudahan hidup
  • Dikabulkan permintaan
  • Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.

Doa:


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

namun,  


Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”


p/s:patut diamalkan mase umor kecik-kecik lagi,namun,alhamdullillah,tersedarr dari fantasi.(:





No comments: